Tentang / About

Zikri Rahman tekal merampung kerjasama dengan pelbagai jaringan seni, budaya dan aktivis dalam lingkungan sosio-politik. Kini, Zikri merupakan Penyelaras Program bagi Pusat Sejarah Rakyat, sebuah ruang penyelidikan dan pengarkiban mandiri yang memfokuskan kepada sejarah rakyat Malaysia dan Singapura. Lewat Buku Jalanan; gerakan rimpang berasaskan perpustakaan terbuka yang diasaskan bersama pada tahun 2011, ia memberi tumpuan kepada memencarkan dan mendemokrasikan bentuk pengetahuan dan pengeluaran budaya. Menerusi LiteraCity, beliau memulakan projek pemetaan sastera dan budaya Kuala Lumpur. Zikri juga seorang penulis, penterjemah, penyelidik bebas serta kurator dengan Sarjana dalam bidang Penyelidikan Sosial dan Pengajian Budaya dari National Yang Ming Chiao Tung University, Taiwan. Beberapa projek dan penerbitan terpilihnya berkisar sejarah lisan gerakan protes, pedagogi kritikal, gerakan / intervensi seni dan budaya, dokumentasi penapisan seni budaya serantau sehinggalah rangkaian pengamal teater rentas-Asia.

.   .   .   .   .   .   .

Zikri Rahman has consistently embarked on collaborations with diverse arts, cultural and activist groups in various socio-political projects. Currently, Zikri is the Program Coordinator for Pusat Sejarah Rakyat, an independent archival research and documentation focusing on Malaysia and Singapore’s people’s history. Through Buku Jalanan; a rhizomatic network of street library movement he co-founded in the year 2011, it focuses on decentralizing and democratising the modes of knowledge and cultural production. With LiteraCity, he initiated Kuala Lumpur’s literary and cultural mapping project. Zikri is also a writer, translator, independent researcher and curator with MA in Social Research and Cultural Studies from National Yang Ming Chiao Tung University, Taiwan. Through multiple projects and selected publications, he dwells into oral history of Malaysia’s protest movements, critical pedagogy, art and cultural movement / intervention, regional based censorship documentation to the networks of theater practitioners in the inter-Asian context.